Monday, 26 September 2016

KMNs LIFE. YEAYY OR NAYY?


6 JUN 2016



Kalau diikutkan dah 3 bulan jadi penghuni kmns nie which is Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Jujur untuk aku cakap, life aku dekat sini so far so good lahh sebab aku dapat kawan yang masuk dengan aku and paling penting roomates yang memang baik lah. Setakat nie baru sekali aku menangis huhuhhuhuhuh tu pun pasal markah Kuiz rendah :'( 

Tapi alhamdulillah lah dapat semangat balik dari parents and kawan kawan. So nasihat aku adalah hati hati lah pilih kawan nak nak zaman sekarang :) 

And by the way, aku cuma nak share life dekat matriks. Tipulah kalau tak stress, tapi adatlah. Bila masa je kita tak stress kan? Makan pun stress huhhhuhuhu. Cuma kau kena pandai bahagikan masa kau dekat sini. Masa kat sini memang padatlah, sangat padat tak tipu. Kelas pagi start pukul 8 and habis pukul 4. Tu biasa belum tambah dengan consultation hour, additional class lagi. Belum masuk kelas malam lagi, kadang kadang habis pukul 10 lebih, and kau akan terfikir yang kau nak give up dekat matriks. Homework memang aku tak nafikan memang berlambak sangat plus group discussion lagi. Dari situlah kau punya semangat diuiji ewahhhh padahal sambil tulis tengah motivate diri sendiri nie :')

Tapi tak apa. Kau akan dapat kekuatan bila kau ingat pada pencipta kau and paling penting selalu contact parents, in sha allah kekuatan tu ada walaupun kau rasa kau tak layak duduk sini. Allah dah janji 'Man Jadda Wa Jadda'

So yakin huhuhuhuhuh. .Aku dulu pun macam tu rasa nak give up je, tapi bila fikirkan balik, mesti ada hikmah kenapa aku dapat matriks. Allah kan tahu kekuatan & kelemahan hambaNya? so I keep repeating that words bila aku rasa nak down. Anyway dulu aku pun dapat tawaran UPU untuk asasi sains UNIMAS. tapi malangnya ayah aku tak bagi, jauh katanyaa huhuh dah lah tak ada saudara kat sana and he's wondering macam mana aku nk survive seorang diri without anyone yang aku kenal. So aku pun turut je kata ayah and kata hati untuk ke KMNS. So, jodoh memang kat sini huhuhuhu. And I wished that I could survive in here :') .So kepada sesiapa yang dapat matriks, jangan dengar orang cakap life kat sini teruk ke apa. Its depends on yourself, kalau kau pandai urus life, masa & schedule kau in sha allah kau boleh bawa, percaya lah. Bagi aku, benda yang membuatkan aku stress adalah masa ; tak cukup masa & terkejar kejar, and kau kena cari jalan untuk uruskan masa kau. Let you manage your time not time manage you :D

GOOD LUCKKK :)))))




No comments:

Post a Comment